Sunday, July 15, 2018

Bekas tahanan penculik berniaga

Macam-macam sebab orang berhenti kerja sebelum nak berniaga. Ada yang tak tahan jarak perjalanan jauh dari rumah, tak tahan waktu bekerja lama sangat, tak tahan dengan perangai bos dan macam-macam lagi. Dalam topik kali ni, saya nak share pasal bekas mangsa penculik yang berniaga.

Tayudin berniaga di Taman Ria.

Jom baca petikan ni..


Petikan berita

Tawau: Selepas lebih setahun dibebaskan daripada tawanan penculik, Tayudin Anjut, 47, selesa menjalani hidup baru dengan mengusahakan gerai makan bersama isterinya di Taman Ria di sini, sejak awal tahun ini.

Bapa kepada dua anak itu meninggalkan kehidupan di laut yang sebati dengannya selepas tidak lagi berkhidmat sebagai kru bot tunda di syarikat tempatnya bekerja sebelum ini, sebaliknya kini sibuk dengan ‘sudip dan belanga’ menyediakan makanan untuk pelanggan.

Tayudin berkata, keadaan kesihatan, terutama penglihatannya kembali pulih selepas beberapa kali menjalani pembedahan selepas dibebaskan kumpulan penculik menyebabkan dia mahu berniaga demi kelangsungan hidup mereka empat beranak.

Alhamdulillah sejak membuka gerai makan dapat juga menambah pendapatan keluarga. Walaupun jumlah pendapatan tidaklah sebanyak ketika bekerja sebagai kru bot.

“Saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan kerana sedar dalam berniaga ini pendapatan sememangnya tidak menentu,” katanya.

Mengimbas kembali pengalaman ketika berada dalam tahanan kumpulan penculik Abu Sayyaf, Tayudin menyifatkan ketika itu nyawanya ibarat di hujung tanduk dan pengalaman hitam berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya sehingga sukar untuk dilupakan.

Mengakui masih dibayangi detik cemas diacukan senjata di kepala oleh anggota kumpulan penculik ketika ditawan di selatan Filipina, selain dikurung dan terpaksa berlapar, Tayudin nekad mahu mengubah kehidupan keluarganya dan merebut peluang yang ada.

“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir berniaga kerana jiwa memang sebati dengan pekerjaan di laut, tetapi atas sokongan isteri saya beranikan diri demi masa depan keluarga dan anak,” katanya.


Pendapat saya

Saya sokong pakcik Tayudin berniaga. Biarlah mula berniaga kecil-kecilan Insha Allah semakin lama semakin maju. Tak mustahil boleh viral pakcik ni kat Tawau.

Buat juadah sedap-sedap. Kalau makanan tu sedap, orang teringat-ingat nak beli lagi walaupun duduk jauh. Seandainya ada orang nak letak kuih, pakcik Tayudin terima je supaya meja tu lagi meriah. Boleh tambah lagi pendapatan.

Semoga bisnes pakcik Tayudin maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sumber

2 comments:

  1. setuju. eloklah dia berniaga daripada dia buat kerja bot tunda tu. bahaya betul kena culik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya sebab penculik ni tak pandang muda ke tua.

      Delete