Wednesday, July 25, 2018

Harga Durian Musang King Jatuh

Alhamdulillah harga durian jatuh berdebuk-debuk. Kat tepi jalan pun saya perhatikan orang jual durian ikut biji. Contohnya sebiji RM5. Ada jugak yang sebijik RM10. Tengok jenis durianlah.

Durian King masih tergantung.
Harga durian Musang King pun jatuh jugak.

Apa kata tengok video ni..



Video youtube dari channel Astro Awani.

Dari minggu lepas saya perhatikan orang berniaga durian tepi jalan ni senyum-senyum je. Orang berpusu-pusu beli durian kat tepi jalan. Formula dia senang je durian mahal kena boikot, durian murah kena beli.

Tahun lepas saya ada buat topik Durian masih mahal. Tahun ni harga durian runtuh. Alhamdulillah saya bukan peniaga  durian pun seronok tengok peniaga durian tepi jalan dapat banyak pelanggan.

Buat apa jual durian mahal-mahal? Biarlah untung sikit, kalau dapat jual banyak untung banyaklah. Buah-buahan tempatan ni toksahlah jual mahal-mahal.

Kalau busuk nanti tak boleh jual dah. Baik jual murah je. Insha Allah ada keberkatannya sebab tak membebankan pelanggan.

Kepada pencuri buah durian tu, wajib bayar ganti rugi. Orang susah payah tanam durian bertahun-tahun, senang-senang je nak curi. Pencuri ni ibarat parasit.

Bagus kalau tangan pencuri ni dipotong. Baru dorang tahu nak berhenti mencuri dan bertaubat bila dah kudung tu. Kalau tak mampu makan durian musang king, makanlah durian lain. Jangan sibuk nak berniaga durian hasil curi tanaman orang lain!

Biar makan kurang sedap asalkan halal. Berusahalah dengan buat kerja yang halal jugak. Kerja sendiri atau kerja makan gaji pun tak jadi masalah. Asalkan jangan mencuri atau buat kerja-kerja haram yang seangkatan dengannya.

Buat orang-orang beriman yang berniaga durian, semoga dapat untung lebih dan diberkati. Pilihkan durian baik-baik punya untuk pelanggan. Bukan semua pelanggan tahu pilih durian sendiri.

P/s : kalau durian naik harga lagi, kita boikot lagi.

8 comments:

  1. Betul lambakan durian membuat kita mampu membeli durian.

    ReplyDelete
  2. Betul tu..jual murah2 je nt senang org nak beli.Sy setuju..boikot je kalau peniaga durian jual mahal sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun setuju boikot penjual durian mahal sangat.

      Delete
  3. Iilah masa nak merasa musang king.Kalau tidak Rm40 sekilo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, inilah peluangnya sebab harga durian dah jatuh.

      Delete
  4. durian harga murah..pengguna untung besar

    durian harga mahal...penjual untung banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian harga mahal, pelanggan boikot dan peniaga merungut..hehe.

      Delete