Tuesday, September 4, 2018

Hujan pun hujanlah

Pagi-pagi pukul 8 lebih tadi hujan lebat. Tengah hari pun hujan sikit-sikit. Lepas Zuhur, hujan makin reda.

Hujan tepi jalan
Hujan di tepi jalan.
Pagi-pagi hujan ni terasa nak tido je..

Walaupun hujan kena berniaga jugak. Saya tak kisah hujan tapi kalau hujan lebat siap angin kuat tu yang mencabar. Buat saya teringat pengalaman berniaga masa hujan lebat sebelum ni.

Sambil pegang canopy dalam hati saya berdoa minta Allah redakan hujan. Makin kuat angin bertiup, makin kuat hati saya berdoa. Dalam keadaan hujan lebat pun ada jugak orang singgah nak beli sarapan.

Kemas barang-barang nak balik pukul 10 pun ada jugak orang singgah nak beli. Kalau dah rezeki tu, time nak balik pun orang singgah jugak. Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada saya, orang rumah saya, kenderaan dan semua barang-barang niaga.

Anda ada pengalaman berniaga tepi jalan, pasar pagi, pasar malam, pasar tani atau seumpamanya masa hujan lebat? Jom kongsi kat bahagian komen pengalaman anda sama ada sebagai penjual atau pembeli.

4 comments:

  1. Hujan atau panas terpaksa ditempuhi juga demi sesuap rezeki untuk isteri dan anak-anak. Semoa Allah memeri ganjaran kepada tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah berikan balasan baik juga kepada tuan yang mendoakan untuk saya.

      Delete
  2. Hujan paling merisaukan apabila bawa motor selain basah ditimpa hujan dan jalan juga licin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betuk tu sebab biasanya orang bawa motor terpaksa berhenti tepi jalan cari tempat teduh kalau hujan lebat.

      Delete