Wednesday, September 5, 2018

Idea Jual Makanan Sebelah Petang

Topik ni khas untuk orang yang baru nak cari idea berniaga tepi jalan waktu petang. Terus-terang harga barang sekarang agak dahsyat. Apa-apa hal, berniaga tetap berniaga.

Berniaga tepi jalan
Berniaga tepi jalan..
Jom kita tengok top 10 jual makanan tepi jalan.


  1. Pisang goreng
  2. Epok-epok
  3. Ubi getuk
  4. Keledek goreng
  5. Cucur sayur
  6. Burger
  7. Putu bambu
  8. Air cendol
  9. Ayam goreng kecik-kecik
  10. Tempe goreng
Pisang goreng dengan tempe goreng tu kena ada kicap dia baru sedap. Kat Johor kalau jual pisang goreng takde kicap kena boikotlah jawabnya. Kat Sabah pun dah ada penjual pisang goreng ada kicap.

Bukan kicap main tuang dari botol gitu-gitu je ye. Kalau main curah kicap botol kat pisang goreng tu memanglah tak sedap. Adalah bahan-bahan dia nak bagi kicap tu rasa pedas-pedas manis sikit barulah seronok makan pisang goreng.

Epok-epok ni di antara makanan favourite orang Johor. Karipap? Orang Johor tak pandang karipap. Epok-epok lagi sedap!

Saya tak letak cucur udang dalam list tu sebab rata-rata saya tengok orang jual cucur udang mesti ada kepala udang siap berkulit lagi. Kulit udang keras lak tu. Leceh nak kopek udang tu sebelum makan. Lagi senang makan cucur sayur je.

Ayam goreng kecik-kecik kan dah viral? Ayam sekor potong 24 pastu jual RM1 seketul. Ayam tu goreng bertepunglah baru nampak besar sikit. Makan ayam goreng pekena air cendol memang wow gitu.

Idea top 10 dalam topik ni hanya sekadar idea tak seberapa dari saya je. Mungkin ada idea lain yang jauh lebih baik dari yang saya kongsikan.

Nasi bajet? Air batu campur? Cakoi? Any idea?

2 comments: