Friday, September 14, 2018

Motivasi Peniaga

Kalau nak naikkan semangat berniaga, kenalah ada motivasi. Motivasi diri boleh jadi dengar lagu, dapat sokongan dari kawan-kawan, kata-kata motivasi dan sebagainya.

Putus asa membawa binasa.
Apa yang penting?
Jangan putus asa!

Walau susah macam mana pun cabaran berniaga, ingatlah Allah itu wujud. Takde masalah yang takde penyelesaian. Bila anda dalam kesusahan hari ni, insha Allah akan datang anda senang.

Bak kata pepatah..
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Walaupun anda belajar tak tinggi, itu bukan alasan tak boleh berniaga. Susah? Sebenarnya susah tu cuma mindset je. Fikir positif insha Allah hasil kerja anda pun positif jugak.

Kalau perniagaan anda merudum jatuh sebab orang dengki sekalipun, jangan putus asa. Ingat, doa orang teraniaya dimakbulkan. Masa tengah susah dizalimi inilah peluang hebat nak doa minta macam-macam.

Di antara cara nak naikkan motivasi ialah tengok orang yang lebih susah dari kita. Tak salah nak amik tahu pasal kisah-kisah kejayaan usahawan yang dah jadi jutawan. Cuma kalau anda amik tahu pasal orang yang lagi susah, anda akan rasa lebih bersyukur.

Lagi banyak bersyukur, lagi banyak nikmat kamu bertambah. Selain bersyukur, banyakkan berkawan dengan peniaga. Insha Allah hasil perbualan anda dengan dorang nanti anda dapat motivasi.

Kalau banyak kawan-kawan yang kerja makan gaji, silap-silap dia suruh anda berhenti berniaga. Dorang takkan nampak anda sebagai peniaga yang berjaya selagi takde rumah besar dan kereta besar. Dorang bukan jahat cuma mindset dorang kerja makan gaji lebih selamat, tu yang ada sesetengah peniaga tak tahan terus nak kerja makan gaji jugak.

Pernah dengar ayat "Fail to plan is plan to fail"? Maknanya gagal untuk merancang itu merancang untuk gagal. Jangan lupa, gagal itu ialah pengajaran, pengalaman dan mendekatkan lagi anda dengan kejayaan.

Bila anda gagal dengan plan A, buat plan B, C, D dan seterusnya. Dari kegagalan itu anda belajar untuk jadi lebih baik. Melalui kegagalan pun anda boleh dapat motivasi sebenarnya.

Kalau takde pengalaman, gunakan kepandaian. Kalau takde kepandaian, gunakan kesungguhan. Kalau takde kesungguhan, gunakan kepositifan.

Jangan positif dadah pulak. Positifkan minda tu biar berfikir yang baik-baik je. Apa-apa kejayaan sekalipun bermula dari fikiran yang positif.

Bila dah kepositifan barulah ada kesungguhan. Bila dah ada kesungguhan barulah ada kepandaian. Bila dah ada kepandaian barulah ada kepengalamanan. Positif, sungguh, pandai dan pengalaman adalah satu team yang mantap untuk terus berniaga.

Jangan tunggu peluang tapi carilah peluang. Carilah kata-kata motivasi hebat di internet untuk kentalkan jiwa supaya tak putus asa berniaga. Bukan semua usahawan tu datang dari keluarga yang kaya-raya.

Ada orang tengok pasir nampak biasa-biasa je. Ada orang tengok pasir boleh nampak potensi nak buat banglo. Nak buat rumah banglo pun kene ada pasir nak dibancuh dengan simen selain dari batu-bata, besi dan lain-lain.

Belajarlah untuk tengok sesuatu itu sebagai peluang besar buat duit. Carilah kemahiran yang ada pada diri sendiri. Gunakannya dengan baik.

Walaupun anda OKU sekali pun, insha Allah anda tetap ada kebolehan tersendiri. Cari je kebolehan diri tu. Kalau tak jumpa jugak minta Allah tunjukkan.

Kesimpulannya, anda mesti berfikiran positif. Kalau nak motivasikan diri, fikiran mesti positif. Bila dah positif, segala cabaran dapat dihadapi dengan tabah, bijaksana, tenang, sabar, syukur dan tawakal.

2 comments:

  1. May I simply just say what a relief to find someone that actually understands what they are talking
    about on the net. You certainly understand how to bring a
    problem to light and make it important. More people must check
    this out and understand this side of your story. I was surprised that you aren't more popular since you
    most certainly possess the gift.

    ReplyDelete