Friday, September 28, 2018

Nasi Lemak tak habis jual?

Biasalah peniaga tepi jalan berdepan dengan masalah nasi lemak tak habis jual. Bawa 30 bungkus sekali tak cukup pulak. Bila minggu depan try bawak 50 bungkus eh dapat jual 15 bungkus je.
Apa nak buat dengan belen nasi lemak yang berlambak-lambak tu?

Kita ambik contoh ada baki 35 bungkus nasi lemak.

1. Bagi pembeli
Cara nak bagi tu kalau pembeli tu beli masa kita nak balik. Contohnya pukul 10.30 tiba-tiba ada customer nak beli 3 bungkus je, kita bagila free sebungkus masa tu. Andaikata customer beli epok-epok RM4, kita bagila free sebungkus nasi lemak jugak.

Kalau jadi taktik ni, boleh kurangkan dua bungkus dari 35 masa ni so tinggal 33.

2. Bagi jiran
Paling kurang pergi ke tiga buah rumah. Bagi setiap rumah 3 bungkus nasi lemak. Dapat kurangkan lagi 9 bungkus dari 33 so tinggal 24.

3. Makan sendiri
Makan paling kurang dua bungkus. Jadi tinggal 22 buat masa ni.

4. Simpan nasi lemak ke dalam esbok
Asingkan telur, kacang, ikan bilis dan sambal. Masukkan semua nasi lemak tu ke dalam esbok.

Sebelum tunggu esok, ambil sebahagian nasi lemak tu untuk makan malam. Panaskan je. Ada penjimatan di sini.

Esok separuh nasi lemak dari esbok buat bubur taruk sikit daun sup dan hirisan ayam. Separuh lagi buat nasi goreng. Terpulanglah nak buat nasi goreng kampung atau nasi goreng biasa.

Menu bubur ayam dan nasi goreng lagi sedap guna nasi lemak dari guna nasi biasa.

Kesimpulan
Saya pernah buat benda-benda macam ni kalau ada nasi lemak tak habis. Selain dari tips yang saya beri, kalau dapat bagi kat pemotong rumput ke, orang kat bus stop ke pun OK jugak. Pergi ke lebih dari 3 rumah jiran lagi bagus untuk agihkan nasi lemak yang berlambak.

Biasanya memang habis licin setiap kali jual nasi lemak. Cuma ada masa tertentu Allah uji saya hasil jualan tak habis. Sentiasa bersyukur nanti Allah tambah lagi rezeki.

Bila dah susah barulah saya nak ingat Dia. Time tengah senang asyik lupa je. Apa-apa hal kita mesti bersangka baik pada Allah.

Always positive!

P/s : Saya rasa Joey patut jadi Juara Spontan Extravaganza 2018 baru-baru ni.

6 comments:

  1. Perkongsian terbaik..makanan yg xhabis jual bg kat org lain da dpt pahala bersedekah..baki nasi lemak buat bubur dn nasi goreng lg sedap..lg terasa brlemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Mungkin dah ramai peniaga buat teknik ni.

      Delete
  2. Right here is the perfect website for anybody who hopes to understand this topic.
    You know a whole lot its almost tough to argue with you (not that I really would want to...HaHa).
    You definitely put a brand new spin on a topic that has been discussed
    for ages. Wonderful stuff, just excellent!

    ReplyDelete
  3. Hi there! I coulɗ have sworn I've bern to this websіte before
    bbut aftеr reading thгough some of thee post
    I realized it's new to me. Nonetheless, I'm
    definitely happy I found it and I'll be book-mɑгking and chеcking back
    often!

    ReplyDelete
  4. Langit tak selalu cerah, ada kalanya mendung dan hujan tiba. begitu juga dalam berniaga, ada kalanya habis, ada kalanya tak habis. Adik ipar saya juga berniaga nasi lemak waktu pagi,sebelah petang dia kerja. jadi kalau nasi lemak yang dia jual tak habis, dia bawa ke tempat kerja dan bagi kawan-kawan dia makan free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kawan-kawan makan free pun bagus juga asalkan tak nasi lemak tu tak dibuang.

      Delete