Saturday, October 13, 2018

Dilarang Merokok di Restoran mulai January 2019

Saya memang benci orang merokok datang dekat-dekat dengan saya. Kalau nak datang dekat, sedut balik asap yang dihembus tu. Asap rokok tu bau busuk tau tak?

KERAJAAN menolak cadangan pengusaha restoran di negara ini yang mahu menyediakan ruang khas merokok susulan larangan merokok di semua premis terbabit mulai 1 Januari depan. - Foto BERNAMA
Mulai satu January 2019 nanti tak boleh merokok di kedai makan lagi ya.
Bagus jugak cadangan ni. Kalau boleh larangan merokok bukan untuk kat kedai makan je. Larang jugak orang merokok masuk pasar pagi, pasar malam, pasar tani, bazar Ramadhan dan seumpamanya.

Kesianlah budak-budak kecik yang terhidu asap rokok tu. Fikirkan keadaan sekeliling sebelum merokok tu. Jangan ingat beli kuih kat tepi jalan boleh suka-suka je hisap rokok kat depan peniaga.

Orang tak merokok punyalah nak jaga hati tak nak tegur perokok direct sebab nak jaga hati. Perokok pulak bukan pikir sangat tapi buat bodoh je. Saja je hisap rokok depan peniaga, pembeli, budak-budak kecik, kucing dan lain-lain.

Ada tak cara mudah berhenti rokok? Jawapannya ada. Cara-caranya boleh tengok video ni.

Walaupun perokok-perokok dah tengok tips berhenti rokok paling mudah ni, saya guarantee takde sorang pun nak berhenti rokok. Diulangi takde sorang pun perokok yang nak berhenti merokok. Kalau ada bukti orang berhenti merokok lepas tengok video tu, bagitahu saya nanti saya tarik balik statement "gerenti takde sorang pun nak berhenti merokok".

1000 rupiah dianggarkan 27 sen. Kalau 3,600,000 rupiah setahun buat beli rokok anggarannya ialah RM984.73. Itu anggaran kiraan harga rokok di Indonesia.

Harga rokok di Malaysia lebih mahal so bajet lebih tinggi. Perokok-perokok ni sanggup berhabis duit untuk tambah asap rokok di jalanraya. Tak cukup lagi ke asap kereta, motor dengan lori?

Apa-apa hal, saya setuju kalau ada pihak larang orang merokok di kedai makan walaupun takde aircond. Kalau ada anak-anak bawah 15 tahun merokok tu bantai je sampai dorang berhenti merokok. Sebaik-baiknya kerajaan larang terus kemasukan rokok di Malaysia.

Kepada orang yang berusaha nak berhenti merokok, saya doakan semoga berjaya dan diberkati. Kepada perokok yang langsung tak nak usaha berhenti rokok tu tolong fikirkan keselesaan orang sekeliling.

Adakah anda benci asap rokok? Apa pendapat anda pasal rokok?

Sumber

2 comments:

  1. Sy sokong pendapat admin..sy sendiri cukup rimas dgn asap rokok..sepatutnya rokok ni di haramkn sbb boleh membunuh org yg terhidu asapnya terutamanya kanak kanak..sy setuju cadangan kerajaan yg melarang merokok di kedai makan mulai thn depan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih setuju dengan pendapat saya. Mana-mana orang normal pun memang tak suka hidu asap rokok.

      Delete