Sunday, October 7, 2018

Masalah Vida dengan Aishah belum setel

Isu barang kemas palsu yang Aishah terima dari Vida masih tak setel lagi rupanya. Vida sanggup lagi bayar peguam dari bayar gantirugi dekat Aishah. Nak jaga bisnes ke nak jaga ego?
Vida kiri Aishah kanan.
Apasal tak boleh setel masalah ni dari awal?

Sebagai peniaga, jangan menipu. Kalau dah kantoi menipu, jangan berdolak-dalih. Gantirugi cepat-cepat kalau tak nak makin rugi dalam bisnes!

Isu ni takkan timbul kalau Vida bagi barangan kemas tulen yang betul-betul mencecah RM80,000. Buat apa Aishah nak sibuk tuntut ganti rugi kalau barangan emas yang diterima tulen 100% dan betul-betul bernilai RM80,000? Kalau tak mampu bagi emas RM80,000, jangan bagitau emas tu RM80,000.

Sekarang bisnes Vida makin merosot sebab ramai dah boikot. McD yang terkenal di seluruh dunia pun tak tahan kena boikot di Malaysia. Inikan pulak bisnes Vida yang lebih tertumpu di Malaysia.

Vida bukan nak ganti cepat-cepat RM80,000 kat Aishah tapi banyak berdolak-dalih dan buang masa. Nak ganti dengan Lavida coin? Mujurlah Aishah bijak sebab Bitcoin tak laku di Malaysia buat masa ni dan harap-harap bitcoin takde di negara ni pada masa akan datang.

Kalau saya berdepan masalah ni, saya cepat-cepat ganti balik emas palsu tu dengan RM80,000. Saya siap minta maaf lagi dekat Aishah sebab menipu. Saya tak boleh tahan bisnes kena boikot.

Aliff Syukri nak damaikan Vida dengan Aishah kat Gegarvaganza 5? Buat lawak ke? Nak setel masalah cepat, Vida mesti minta maaf secara terbuka dan bagi barangan kemas yang betul-betul bernilai RM80,000  atau bagi jela cash RM80,000 kat Aishah.

Sedekah itu sunat tetapi ganti rugi itu wajib. Betul tetap betul, salah tetap salah. Sayanglah bisnes juta-juta jatuh merudum sebab RM80,000.

Kalau Vida masih berkeras nak melawan, dia makin rugi. Andaikata menang lawan kes di mahkamah sekalipun, Vida tetap rugi sebab bakal diboikot lebih dahsyat oleh orang ramai. Buang ego jauh-jauh, ganti balik dengan barangan kemas RM80,000 dan minta maaf pada Aishah secara terbuka barulah setel masalah ni.

Sumber
Kemelut antara Aishah dan Vida

4 comments:

  1. Betul tu..xrugi pun minta maaf..kes pun bole setel mcm tu je xperlu di perbesar2kn smpai nak naik mahkamah..lepas ni org da xyakin nak beli barangan dato vida sbb takut barangan tipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Vida tak pentingkan ego, dah lama dia minta maaf dengan Aishah.

      Delete
  2. Ego punya pasal lain-lain tolak tepi.
    Kesian manusia macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah punca ego perlu dibuang sebab merugikan diri sendiri.

      Delete