Wednesday, October 24, 2018

Scammer makin licik

Makin canggih teknologi makin licik scammer. Apa yang buat orang mudah ditipu? Jawapannya tak nak kaji lebih terperinci.

Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pakai serban.
Dahsyat tak walaupun bukan rompakan bersenjata? Dahsyat..

Walaupun dah banyak kes tipu sebelum ni tapi kes yang sama terus berulang. Ingat kes Pak Man Telo? Gelang AC Mizal? Lampe Berger? Tok Belagak? Monster Bodo-bodo? Boy Belon? Monspace? Macau Scam? 

SEBANYAK 21,374 kes jenayah komersial dilaporkan di negara ini sejak Januari lalu hingga kelmarin membabitkan kerugian RM4.2 bilion. Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan jumlah kes itu akan meningkat sehingga penghujung tahun ini. - Hmetro.

Mana pergi RM4.2 bilion tu? Semua mangsa scammer dapat balik tak duit tu? Kalau tak dapat, duit tu siapa yang ambil?

Ingat pembaca-pembaca sekalian, kalau betul-betul nak melabur carilah yang patuh syariah. Saya ada kongsikan link di bahagian "Sumber".

Kalau dah kaya sangat apa kata beli unit Dutch Lady? Anggaran satu unit RM64. Daripada leburkan duit untuk scammer baik laburkan RM64,000 untuk beli 1000 unit saham Dutch Lady (mungkin lebih RM64K untuk bayar caj-caj lain).

Sekurang-kurangnya boleh dapat dividen setiap tahun sementara tunggu harga unit saham naik ke RM80 atau lebih. Jauhi diri anda dari ditipu lagi. Kepada yang belum pernah jadi mangsa scammer teruskan berhati-hati supaya tak kena tipu.

Sumber







2 comments:

  1. Scammer mmg licik..masalahnya mangsa yg tertipu tu yg mudah terpengaruh..xserik lg dgn kes2 mangsa scammer yg berlaku sebelum ni..da join satu hal,ajak pula org2 terdekat join sekali..pengalaman sy,kwn sy pernah ajak utk melabur tp xnk bgtau bisnes apa dn nama company tu sbb dia akan dedahkn bila sy dtg pejabat..modus operandi scammer mcmtu kita dpt agak la yg dia akan brainwash kita supaya termakan kata2 dorg utk melabur..sy tolak mentah2 dn akibatnya hubungan sy dgn kwn jd xelok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masalah orang yang terlibat menyokong scammer. Sibuk nak ajak orang pergi pejabat scammer dulu baru bagitau nama company.

      Delete