Monday, December 10, 2018

Ada Apa Dengan 12.12?

Bulan lepas dah buat 11.11. Bulan ni dorang buat pulak 12.12. Ada banyak company yang terlibat nak famouskan 12.12 sale.

Smartwatch Kospet Hope
Kospet pun terlibat dalam 12.12 Sale.
Ada apa dengan 12.12 Sale ni?

Kalau tengok kat TV selalu keluar iklan Lazada dengan Shopee promote 12.12 Sale. Bukan setakat Lazada dengan Shopee je, Banggood dari luar negara pun ada promote pasal 12.12 Sale jugak.


Tak kira 11.11 ke, 12.12 ke, 1.1 ke.. Ini semua gimik untuk tarik perhatian orang ramai. Pada tarikh tersebut dorang jatuhkan harga produk dorang.

Orang yang save bajet tunggu tarikh macam inilah baru nak online shopping. Orang yang nak promote produk dorang pun guna tarikh ni untuk bagi diskaun. Orang yang nak habiskan produk sampai licin pun gunakan tarikh macam ni jugak untuk clearance stock.

Pada tarikh macam inilah nak naikkan hasil jualan dorang. Para pelanggan memang sentiasa nak yang murah-murah je. Peniaga dapat banyak sale dan pembeli dapat jimat so it's a win-win situasi.

Penjual sarapan macam saya tak dapatlah buat harga jatuh sempena 12 haribulan 12. Takkan harga kuih jual 4 biji RM1? 3 biji RM1 dah cukup murah.

Anda peniaga online? Apa pendapat anda pasal 12.12 Sale ni?

3 comments:

  1. Thankfulness to my father who shared with me about this web site, this weblog is
    genuinely amazing.

    ReplyDelete
  2. Asalam..apa khabar ..saya fillow google pius anda ya

    ReplyDelete