Saturday, December 15, 2018

Aishah Nak Jumpa Vida di Mahkamah

Tak habis-habis Vida dengan Aishah ni. Perkara ni setel bila Vida terus minta maaf dan ganti balik barang kemas palsu tu dengan RM80,000. Tak payah nak dolak-dalih lagi.

Aishah promote lagu.
Kaya macam mana pun kalau sombong tetap tak guna..

Usahawan atau peniaga macam ni yang saya tak suka. Sudahlah menipu, sombong pulak tu. Dah buat salah tu minta maaf je la bukannya tersiat kulit tu kalau minta maaf.


Tak jatuh pun maruah kalau minta maaf. Ini siap dapat tulis artikel pasal antara jualan dan pemasaran untuk Utusan Malaysia. Tak tahulah macam mana Utusan Malaysia boleh benarkan orang macam ni tulis artikel pasal bisnes.

Kalau saya Founder atau Pengarah Utusan Malaysia, saya tak benarkan artikel dari penipu. Kredibiliti dan integriti mesti dijaga sebaik-baiknya. Penipu takkan dilayan.

Kalau dah setel masalah dengan Aishah nanti tulislah artikel pasal bisnes untuk Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo dan semua akhbar di dunia pun boleh je.

Nak buat kursus usahawan? Buatlah.

Nak promote produk baru? Buatlah.

Apa-apa hal pergi minta maaf dan ganti balik RM80,000 kat Aishah dulu. Hutang dengan Nabil yang puluhan ribu pun jangan lupa ya. Jangan tunggu nyawa dah kena cabut baru nak minta maaf bimbang nanti menyesal tak sudah di alam sana.

Mati ni tak kira umur berapa sebab bila-bila masa pun boleh mati. Nasihat untuk semua termasuk diri saya sendiri, jangan tunggu lama-lama nak minta maaf lepas buat salah. Mati itu pasti!


No comments:

Post a Comment