Wednesday, December 5, 2018

Anthony Loke menyusahkan Grab

Saya dengan isteri saya seronok naik Grab sebab murah. Ada pemandu yang asalnya bawa teksi tapi berpindah ke Grab sebab tak perlu ke Puspakom dan ambil lesen PSV (Public Service Vehicle). Tiba-tiba pemandu Grab kena amik lesen PSV bulan July 2019 pulak?

Anthony Loke Menteri Pengangkutan
Gila ke apa?

Dari bulan Julai 2018 dah ada ura-ura nak kenakan pemandu Grab. Tak boleh tengok orang senang ke? Biarlah pemandu Grab dapat beribu-ribu sebulan sebab bagi tambang rendah.


Kalau pemandu teksi tak puas hati, letaklah harga lagi rendah dari Grab. Kalau tak boleh bagi harga rendah, jadilah pemandu Grab. Kalau tak boleh jugak, carilah kerja lain.

Rakyat dah tertekan dengan cukai SST, tol tak hapus lagi, minyak masak mahal, petrol mahal dan harga barang pun makin mahal sekarang. Jangan sebab benda macam ni Grab naikkan harga tambang. Jangan sebab benda macam ni banyak pemandu Grab berhenti beramai-ramai.

Bikin susah sama pemandu dan pengguna Grablah ini Menteri Pengangkutan baru. Tak boleh tengok orang senang guna Grab. Tulang ketiak tercabut secara mengejut agaknya kalau tengok orang lain senang.

Nak jimat punya pasal terpaksalah jalan kaki jauh-jauh macam zaman dulu. Kalau berduit sikit boleh beli basikal. Kayuh je la pelan-pelan dari JB ke Senai.. Hari pun dah nak kiamat dalam masa beberapa tahun je lagi.

Sumber
Pemandu Grab bantah peraturan baharu oleh kerajaan

Anthony Loke tak nak bagi muka pada Grab

2 comments:

  1. "Tulang ketiak tercabut mengejut" hahaha!!statement admin yg paling kelakar..Senang cakap,kerajaan baru lebih suka membebankn rakyat..lpas ni buat apps baru utk ganti grab pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apps baru pun, kerajaan takkan lepas pandang. Memang kerajaan sekarang makin menyusahkan rakyat. Inilah namanya demokrasi..

      Delete