Tuesday, November 5, 2019

Taktik licik Penipu Jual Baja Menyusahkan Peniaga Runcit!

Dahsyat teknik penipu zaman nak kiamat ni. Penipu-penipu yang terlibat dalam kes ni mesti ditangkap dan pulangkan balik duit mangsa tipu dorang.

Sepasang suami isteri yang mengusahakan kedai runcit ditipu RM14,000.
Apa kata anda baca dulu berita pasal penipuan ni?

SUNGAI SIPUT: Sepasang suami isteri yang mengusahakan kedai runcit di Kampung Temin, di sini kerugian RM14,000 selepas dipercayai diperdayakan tiga lelaki yang menjalankan kegiatan penjualan baja tanaman tiruan.

Difahamkan, pasangan itu didatangi dua lelaki pada 14 Oktober lalu yang mendakwa sebagai wakil penjual sejenis baja tanaman kelapa sawit dan menawarkan untuk menjual produk berkenaan di kedai mereka.

Mangsa, Zaliah Ghazali, 51, dan suaminya Zulkafli Mohamed Sabri, 59, kemudiannya bersetuju dengan tawaran kedua-dua lelaki itu serta mempamerkan beberapa produk baja berkenaan di premisnya.

Zaliah berkata, dua hari selepas mempamerkan produk itu, dia mendakwa didatangi seorang lelaki yang kononnya mahu membeli 120 unit baja berkenaan dengan membayar RM300 sebagai wang cagaran.

Katanya, dia dan suami kemudiannya membuat tempahan 120 unit baja kepada wakil penjual terbabit, namun lelaki yang ingin membeli produk berkenaan tidak dapat dihubungi selepas produk ditempah tiba.

“Kami terpaksa membayar RM9,000 untuk kesemua baja ditempah dan dimaklumkan oleh wakil penjual yang mereka akan cuba mencari pembeli lain bagi menggantikan pembeli yang menghilangkan diri itu.

“Beberapa hari selepas itu, wakil penjual menghubungi kami mengatakan ada pembeli baharu dari syarikat koperasi yang ingin membeli produk itu sebanyak 240 botol, namun kami perlu membayar lagi RM9,000 kerana produk perlu diambil dari pembekal lain.

“Pada Rabu lalu, kami memindahkan wang sebanyak RM5,000 kepada lelaki itu melalui akaun bank manakala baki RM4,000 hanya perlu dibayar selepas unit baja berkenaan dijual,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Zaliah berkata, sebaik wang dipindahkan melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) di sebuah bank di Kuala Kangsar, wakil penjual berkenaan sudah tidak dapat dihubungi menyebabkan dia bersama suami merasakan mereka ditipu.

Katanya, semakan dengan pihak bank kemudiannya mendapati wang RM5,000 yang dimasukkan itu sudah dikeluarkan di sebuah bank di Kedah sebelum dia bersama suaminya membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput Utara, Rabu lalu.

“Saya dan suami kemudian turut bertanyakan kepada mereka yang arif mengenai pembotolan serta label pelekat baja berkenaan yang dipercayai tiruan,” katanya.

-tamat petikan berita harian-

Peniaga mana nak tolak kalau ada orang datang nak beli banyak-banyak?

Cara si penipu ni ada step by step lak tu..
  1. Mula-mula wakil jualan penipu nak letak produk kat kedai.
  2. Dua hari kemudian datang pulak sorang pembeli yang penipu nak beli produk tu dalam jumlah yang banyak siap letak duit deposit/cagaran dulu untuk dapatkan kepercayaan peniaga.
  3. Bila peniaga dah order dan bayar kepada wakil jual penipu, pembeli yang menipu tak datang lagi dah.
  4. Bila peniaga mengadu pembeli yang menipu dah hilangkan diri, wakil jual penipu kata nak tolong cari pembeli lain pulak.
  5. Beberapa hari kemudian, wakil jual penipu hubungi peniaga sebab dah dapat pembeli baru yang nak beli lebih banyak. Peniaga terpaksa keluar duit lagi.
  6. Geng penipu berjaya dapat duit haram yang banyak.
Mungkin geng penipu baja ni pernah buat kat tempat lain? Mungkin jugak ini aktiviti penipuan pertama yang berjaya dorang buat? Lepas ni dorang nak try guna taktik yang sama tapi guna produk dan lokasi yang lain?

Mana boleh biar golongan penipu macam ni bebas. Kalau dibiarkan, kesianlah kat peniaga runcit yang lain.

Ada tak cara elak perkara ni di masa akan datang?

Kalau peniaga berdepan dengan wakil jual nak letak barang, bagi je letak dulu. Dua atau tiga hari kemudian tiba-tiba ada pembeli nak beli banyak-banyak. Cepat-cepat call wakil penjual minta komisen walaupun sekadar 10% atau 5% je sebab nak perkenalkan pembeli yang berminat nak beli betul-betul banyak.

Wakil penjual banyak berdolak-dalih bila dengar ada orang nak beli banyak-banyak dari dia?

Something wrong tu..

Biasanya wakil penjual terima je tempahan banyak supaya dapat lebih banyak komisen.

Andaikata dah introduce pembeli tu pada wakil penjual tapi tak dapat komisen?

Itu lebih baik dari rugi beribu-ribu ringgit..

Mungkin anda ada cara yang lebih baik untuk elak jadi mangsa penipu style macam ni pada masa akan datang?

Silakan komen..


Sumber

6 comments:

  1. Mmg licik taktik penipuan mcm ni. Betul tu, peniaga mana tak teruja klu ada prospek berminat nak beli dlm jumlah besar kan.. mmg kena lebih berhati2 skrng. Tips nasihat yg bagus utk dijadikan peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kena lebih berhati-hati supaya perkara macam ni tak berulang lagi.

      Delete
  2. Memang licik penipuan yang dilakukan. Naya yang kena ditipu.

    ReplyDelete
  3. kesian peniaga yang jadi mangsa tipu. sikit ja takpa ni banyak haihh. menangis huhu

    ReplyDelete