Friday, December 13, 2019

Perniagaan dan Pemasaran sebelum Tanda Kiamat Besar yang Pertama

Kalau dulu jual beli guna kepingan emas dan perak. Sekarang jual beli guna kertas. Penggunaan e-wallet atau sebarang bentuk cashless pula semakin meningkat di Malaysia.

Langkah seterusnya?
Bagaimana dengan pemasaran pulak?

Pemasaran sekarang makin canggih. Nak promote barang pun guna blog, twitter, youtube dan seumpamanya. Ada juga yang gunakan Mudah dan Carousell. Kalau ada modal lebih sikit, guna Google Adwords dan yang sewaktu dengannya.

Banyak tauke-tauke besar guna Lazada sebab kebanyakan pembeli-pembeli online selalu beli barang kat situ. Perang harga jangan cakaplah. Kalau dah peniaga dari China pun join jual kat Lazada, peniaga di Malaysia kena lebih positif, kreatif, inovatif, sensitif, aktif, pasif, agresif dan lain-lain yang sif.

Kalau nak jual barang secara dropship di Lazada memang boleh. Cuma masalahnya kalau company dropship pun jual benda yang sama di Lazada. Bertambah parah bila harganya lebih murah.

Seandainya anda pemilik produk sendiri, bolehlah try jual di Lazada atau sebarang online marketplace. Boleh juga bina website sendiri. Kemudian beriklanlah habis-habisan supaya orang tahu kewujudan website anda.

Kalau peniaga-peniaga kecil biasanya guna blog atau media sosial je untuk promote produk/servis. Kalau boleh COD memang ramailah yang nak beli. Kebanyakan orang lebih suka pilih COD kalau beli dari peniaga kecil.

Peniaga kecil bukan tak boleh berniaga di Lazada cuma anda bakal berdepan dengan "monster". Kebanyakan yang sukses di Lazada adalah tauke-tauke besar. Kalau ada produk unik, boleh try jual di sana.

Makin nak dekat kiamat, makin canggih pula cara nak berniaga sekarang ni. Dulu takde Food Panda atau Grabfood tapi sekarang dah ada. Dulu Teksi, sekarang ada Grab dengan Mycar.

Cara peniaga zaman sekarang fikir pun kena canggihlah. Tak semestinya tak dapat jual kat Lazada terus tak boleh berniaga. Ada lagi cara-cara lain.

Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Usaha tangga kejayaan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Kalau tak nak jual barang sendiri, boleh try jadi influencer. Try perkenalkan satu produk di youtube. Ramai yang tengok dan berminat nak beli?

Influencer yang berjaya dapat menarik perhatian orang ramai untuk beli produk tertentu. Contohnya produk kosmetik, alat senaman, stunning menu dari restaurant dan lain-lain.

Iklan kat TV pun boleh. Banyak produk-produk yang diiklankan berulangkali di TV dapat banyak sales. Nak promote cerita baru kat wayang pun keluar iklan kat TV.

Kalau Lazada jadi "orang tengah" online, di TV pun ada juga "orang tengah" offline. Tengoklah GoShop dan Wow Shop punya penangan. Habis orang-orang kampung beli produk lepas tengok rancangan dorang.

Macam-macam jenis produk orang lain yang dijual di GoShop atau Wow Shop. Kira orang tengah jugaklah ni. Kalau anda boleh jadi "orang tengah" jugak, peluang masih terbuka sekarang ni.

Peniaga ada pilihan hebat sama ada nak promote online atau offline. Kalau tak nak jual produk sendiri boleh jadi influencer. Jadi agen dropship sambil jadi influencer pun OK jugak.

Kalau masih gunakan flyers atau risalah untuk perkenalkan produk/servis, letak sekali blog atau website anda. Kalau ada number telefon, bagi pilihan untuk Whatsapp atau Telegram. Gabungan online dan offline ni bagus untuk rancakkan lagi bisnes anda.

Bila dah berjaya dalam bisnes, jangan lupa bayar zakat. Perbanyakkan sedekah sekarang ni sebab sampai satu masa nanti takde sesiapa pun nak terima sedekah. Scammer peminta sedekah atau sindiket peminta sedekah pun dah takde masa tu.

Berniaga tu berniagalah jugak tapi dah prepare ke untuk berdepan hari kiamat?

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment