Tuesday, January 21, 2020

Cara Kenal Pasti Bisnes Yang Paling Untung Untuk Anda

Topik kali ini khas untuk mereka yang masih tercari-cari bisnes yang paling menguntungkan. Seandainya anda tergolong dalam golongan bermasalah nak cari perniagaan yang paling untung punya, anda sangat dialu-alukan untuk terus baca artikel ni sampai habis.

Kalau kena gaya bisnes tu, tak mustahil jadi jutawan!
Dalam topik kali ni saya nak kongsikan cara kenal pasti bisnes yang teruntung untuk anda.
Ada tiga cara je nak kenal pasti bisnes yang paling menguntungkan untuk anda. Skip langkah pertama kalau anda memang dah ada idea dan dah mula bisnes secara kecil-kecilan.

Pertama sekali, pilih perniagaan yang ada permintaan dari orang ramai. Kalau anda susah nak cari idea sendiri anda boleh cari idea bisnes di sini. Bila dah ada idea baru pergi langkah kedua.

Kedua, bergantung pada bisnes anda. Jangan jual ikut pilihan anda tapi ikut pilihan pelanggan anda. Tugas peniaga bagi pilihan, tugas pembeli pula buat pilihan.

Kalau anda jual sarapan, makanan apa yang paling ramai orang nak beli? Kalau ramai orang nak beli epok-epok dari anda so lebihkanlah jual epok-epok.

Kalau anda penjual pakaian, baju atau seluar jenis apa yang paling ramai orang nak beli? Kalau ramai nak beli jubah dari anda, sila lebihkan pengeluaran atau pembuatan jubah.

Tak kira bisnes apa sama ada online atau offline asalkan anda mesti peka dengan permintaan orang ramai.

Contoh paling mudah kalau anda pandai buat 10 jenis kek, cuba iklankan di Mudah. Kalau tak dapat upload 10 gambar kek yang anda buat, upload je dua gambar (setiap 1 gambar ada 5 jenis kek). Tengok berapa ramai yang call/sms/wasap anda, dari situ anda boleh tahu dorang lebih berminat nak beli kek apa dari anda.

Contoh lain kalau anda nak jadi agen jual produk kosmetik/kesihatan jenama A, cuba iklankan produk jenama A di Mudah sebelum jadi agen. Kalau ada permintaan barulah berbaloi anda jadi agen produk jenama A. Kalau takde permintaan produk jenama A, boleh try iklankan produk jenama B, C, D dan seterusnya untuk kenal pasti permintaan pelanggan sebelum jadi agen.

Ketiga, fokus untuk jual produk/barang yang dapat untung lebih. Promote habis-habisan produk anda yang paling laku tu. Kalau mampu beriklan di TV atau radio, jangan segan-segan nak laksanakan.

Kalau anda jual barang yang memang orang cari dari anda, hasil keuntungan tu senang-senang je dapat.

Penutup
Tak kira bisnes apa pun yang anda buat, lebihkan barang yang memang ramai orang nak beli dari anda. Barang atau produk lain yang kurang permintaan pula anda perlu kurangkan juga atau hentikan terus kalau terlalu membebankan. Buat apa jual benda yang orang tak nak beli?

Jangan pelik, kalau anda penjual baju raya dan kuih raya tapi lebih ramai orang cari kuih raya sahaja dari anda. Baju raya pula tak laku sebab orang lebih ramai cari dari peniaga baju raya yang lain. Itu menunjukkan anda lebih sesuai jadi penjual kuih raya berbanding baju raya.

Follow the rules and the rules will follow you.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.