Saturday, June 6, 2020

Usia Tua Bukan Alasan Tak Boleh Berniaga

Jangan sesekali fikir usia dah tua bermakna tak boleh berniaga. Kalau nak cari alasan tak nak berniaga memang macam-macam ada. Sebab muda sangatlah, sebab dah tualah, sebab takde sokongan keluargalah, sebab takde idea dan macam-macamlah.

Saleh, 82 tahun masih berniaga.
Saleh Hasan berusia 82 tahun jadi bukti usia lanjut bukan penghalang untuk berniaga.
Pak Saleh keluar rumah seawal tujuh pagi. Beliau kayuh basikal tuanya dari Pegoh ke Pasar Alor Gajah, Melaka. Jauh juga Pak Saleh kayuh basikal!

Dalam perjalanan ke pasar, ada juga yang tahan beliau sebab nak beli. Itu yang Saleh kadang-kadang balik rumah awal.

Apa yang dijual Pak Saleh?

Petai
Kuini
Pak Saleh bukan setakat jual petai dengan kuini je. Pak Saleh ada juga deal baik punya dengan orang-orang kampung yang tanam sayur, buah, ulam dan seumpamanya.

Orang-orang muda yang minat nak berniaga patut contohi kegigihan Pak Saleh berniaga.  Orang-orang tua pun jangan putus asa dalam perniagaan sebab kalau Pak Saleh boleh, kenapa anda tak boleh?

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

Jangan putus asa berniaga walaupun usia semakin lanjut. Kalau masa muda dulu dah berpuluh-puluh tahun kerja makan gaji, mungkin sekarang masanya untuk anda berniaga.

Berniagalah walaupun dah tua.

Semoga berjaya!

P/s : Lebih suka petai masak sambal.

Sumber

2 comments:

  1. Gigih pak cik ni cari rezeki..kita yg muda2 ni kena usaha lebih lagi..in sha Allah,rezeki makin bertambah..aamiin..:)

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.