Tuesday, February 3, 2015

Harga Barang Tak Turun walaupun Harga Minyak Turun?

Masa harga minyak naik, harga barang pun ikut naik. Bila harga minyak turun kenapa harga barang susah sangat nak turun? Sepatutnya harga barang turun bila harga bahan api dah turun tapi yang menjadi persoalannya kenapa tak jadi macam tu?

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kita perlu boikot perniagaan orang cina supaya dorang takde jalan lain dan terpaksa turunkan harga barang.

"Sewaktu kenaikan harga minyak mereka gunakan alasan, seolah-olah sengaja dilakukan bagi wujudkan kemarahan kepada kerajaan,” katanya.

Tambah lagi Datuk Seri Ismail Sabri kata “Tindakan mana-mana peniaga yang tidak turunkan harga barangan selepas penurunan harga minyak yang begitu banyak, adalah seolah-olah satu sabotaj untuk menaikkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,”

Ini yang buat orang ramai tak puas hati terutama pembeli yang mengharapkan harga barang turun lepas harga minyak turun. Peniaga ambil kesempatan nak untung melebih-lebih? Mungkin ada sebab-sebab lain yang menghalang peniaga turunkan harga barang.

Aku terus buat research di internet sampailah terjumpa satu fakta yang agak "rahsia".

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli menjelaskan ada satu fakta yang tidak diketahui oleh orang ramai. Apakah fakta itu? Industri dan sektor komersial tidak merasai penurunan harga minyak dan  dikenakan cukai bagi penggunaan minyak petrol dan diesel bermula 1 January 2015.

Rafizi Ramli mengesahkan bahawa harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini telah dinaikkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) telah dibocorkan pada minggu lepas. Pekeliling Perbendaharaan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) itu memaklumkan syarikat-syarikat minyak peraturan berikut:

  1. Kerajaan akan mengenakan cukai jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari 2015. Cukai ini dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan (iaitu harga yang dibayar orang ramai).
  2. Cukai jualan yang ditetapkan adalah diesel (40sen setiap liter), RON95 (58.62sen setiap liter), RON97 (58.62sen setiap liter) dan diesel B5 (40sen setiap liter).
  3. Pada setiap bulan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling memaklumkan diskaun cukai jualan. Diskaun bagi bulan Januari 2015 adalah diesel (9.4sen setiap liter), RON95 (22.72sen setiap liter), RON97 (6.08sen setiap liter) dan diesel B5 (12.89sen setiap liter).
  4. Cukai jualan yang dikenakan (selepas diskaun) kepada industri dan sektor komersil bagi Januari 2015 adalah diesel (30.6sen setiap liter), RON95 (35.9sen setiap liter), RON97 (52.54sen setiap liter) dan diesel B5 (27.11sen setiap liter).
Jadi pihak yang mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan yang jadi punca kenapa harga barang susah sangat nak turun. Pengiraannya sangat mudah.

Pada 1 January 2015,
Rakyat Malaysia
RM1.91 seliter (RON95)
RM1.93 seliter (diesel)

Industri dan sektor komersial
RM1.91 + RM0.5862 - RM0.2272 = RM2.269 seliter (RON95)
RM1.93 + RM0.40 - RM0.094 = RM2.236 seliter (diesel)


Seandainya Pekeliling Perbendaharaan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) hanya mengenakan cukai dan tidak menaikkan harga minyak bagi industri dan sektor komersial maka pada 1 February 2015 macam ni pulak pengiraan dia..

Rakyat Malaysia
RM1.70 seliter (RON 95)
RM1.70 seliter (diesel)

Industri dan sektor komersial
RM1.70 + RM0.5862 - RM0.2272 = RM2.059 seliter (RON95)
RM1.70 + RM0.40 - RM0.094 = RM2.236 seliter (diesel)

Itu adalah pengiraan sekiranya harga untuk industri dan sektor komersial ialah RM1.70 (RON95 dan diesel) pada 1 February 2015. Kalau harga minyak untuk dorang maintain RM1.91(RON95) dan RM1.93(diesel) macam harga minyak pada 1 January 2015? Tengoklah kiraan pada 1 January 2015, itulah harga minyak untuk dorang.

Industri dan sektor komersial tak dapat rasa harga minyak turun so memang susahlah dorang nak turunkan harga barang dorang. Jadi bahan-bahan mentah sekarang pun payahlah nak turun melainkan nak habiskan stok je...

Aku sebagai peniaga tepi jalan pun berharap harga bahan mentah turun nanti bolehlah turun harga jual sarapan tapi tak boleh. Harga kotak nasi, plastik, kacang, ikan bilis, gula dan bahan-bahan mentah lain tak turun pun...jadi aku terpaksa maintain harga lama...Sebagai orang yang bekerja sendiri aku memang faham situasi industri dan sektor komersial yang susah nak turunkan harga barang tapi orang yang bukan kerja sendiri mungkin tak faham.

Adakah terjawab persoalan korang selama ini kenapa harga minyak turun tapi harga barang tak turun? Korang sendiri boleh check link sumber yang aku share dalam entry ni. Lepas baca dan research baru comment OK?


Sumber rujukan
Minyak Turun
Ismail Sabri perjelas isu boikot peniaga
Harga Minyak Naik Bagi Industri Dan Sektor Komersil

2 comments:

  1. betul2....
    harap je minyak turun, barang cm gtu jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab industri dan sektor komersial tak merasa harga minyak rendah macam kita semua

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.