Saturday, October 17, 2015

Tolak Gores dan Menang!

Orang menipu guna teknik gores dan menang bukan benda baru tapi dah lama dan banyak kali berlaku. Dari dulu sampai sekarang masih ada yang terpedaya.

Saharudin melawat rumah Musalmah yang ditipu
Korang bacalah sendiri kes penipuan gores dan menang ni..



Kuala Lumpur: “Saya nak buat apa dengan barangan yang begitu banyak, sampai 44 kotak semuanya. Orang itu janji nak jualkan semula kepada pembeli dari luar negara dengan harga tinggi dan bayar semula wang saya.

“Sampai sekarang semua kotak itu saya tak usik kerana saya tak mahukannya. Saya pula dimarahi ejen kerana membuat laporan polis. Saya hanya mahukan wang saya semula,” kata Musalmah, 65, warga emas yang diperdaya sindiket gores dan menang minggu lalu.

Kerugian RM250,000 hasil simpanan pelaburan, dia bukan saja bingung memikirkan kesilapannya yang mempercayai kata-kata manis wakil jualan, malah hatinya tersentuh setiap kali melihat puluhan kotak barangan yang disimpan di satu ruangan khas di rumahnya.

Katanya, semua 44 kotak terbabit mengandungi barangan elektrik antaranya periuk nasi, pembersih udara, penapis air dan mesin urut kaki yang dianggarkan bernilai ratusan ribu oleh sindiket terbabit. 

Menceritakan pengalamannya, Musalmah berkata, dia didatangi dua lelaki muda yang menawarkannya peluang memenangi sebuah kereta mewah ketika berada di parkir kereta sebuah pasar raya. - harian metro -


Aku simpati dengan makcik Musalmah. Tak pasal-pasal kena tipu. Sindiket gores dan menang ni licik betul taktik dorang. Mungkin dorang fikir orang tua ni senang kena tipu. Guna ayat lembut, manis penuh sopan-santun habis ranap RM250,000 duit makcik tu.

Dalam bisnes, peniaga yang hebat gunakan teknik lembut untuk tarik perhatian orang. Kebanyakan orang memang kalah dengan lembut tapi menang dengan keras. Kalau salah guna kelembutan akibatnya lebih dahsyat dari kekerasan.

Bayangkan 2 orang muda tu datang gertak makcik Musalmah. Secara automatik makcik tu sedar yang dia sedang dirompak. Paling banyak pun 2 orang tu dapat amik duit dari beg, cincin dan apa-apa perhiasan emas yang ada pada makcik masa tu. Kalau makcik tu menjerit dekat pasaraya berkemungkinan ada je yang dengar dan nak tolong kejar 2 orang jahat tu..

Guna teknik lembut? Makcik tu tak tahu dirinya 'dirompak' sebab tu sanggup bagi RM250,000!

Kepada makcik Musalmah, aku memang simpati dengan nasib dia. Semoga Allah bantu makcik dalam masalah ni.

Kepada orang yang terlibat memperdaya makcik Musalmah dan semua sindiket gores dan menang, aku nasihatkan korang hentikanlah penipuan korang tu. Tak takut ke makan duit haram? Hebat sangat ke korang dapat duit hasil menipu? Serius tak berkat dan tak tenang sepanjang hayat korang dengan duit haram.

Kepada korang semua termasuk aku sendiri, berhati-hati dengan geng gores dan menang. Kalau dorang datang offer ganjaran hebat dengan ayat-ayat manis, korang jangan layan. Tinggalkan je dorang secepat mungkin.

Beingat sebelum terkena. Kalau dah terkena bukan senang nak dapat balik duit tu.. Pesan dekat keluarga, kawan-kawan dan lain-lain supaya tak terpedaya dengan sindiket gores dan menang.

Sumber
Alahai Musalmah!

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.