Sunday, December 17, 2017

Haji Bakery dalam CEO Desa

Anda pernah tengok CEO Desa kat TV3? Rancangan yang ada Dato Aliff Syukri tu. Erma Fatima a.k.a Mak Cun pun ada dalam rancangan ni.

Screenshot Nur Mizani dari youtube CEO Desa.
Kali ni saya kongsikan pendapat saya pasal Haji Bakery.

Hari Sabtu minggu lepas Aliff Syukri ada mention pasal branding Haji Bakery. Buat branding haji bakery nak target orang melayu je? Habis tu orang cina dengan orang india? Itu persoalan atau pendapat dari Aliff Syukri pemilik D'herbs.

Semalam, Fizo Omar pun bagi cadangan suruh Nur Mizani tukar nama. Har Bakery kalau saya tak salah dengar. Mungkin Fizo Omar setuju dengan pendapat Aliff Syukri dari segi branding atau nama kedai.

Pendapat saya pulak, nama Haji Bakery tak perlu ditukar. Takde masalah pun dengan Haji Bakery. Sedap je bunyi dia.

Cuba tengok biskut Hwa Tai. Brand terang-terang nama cina ada dorang peduli orang melayu dengan india tak beli? Biskut Hup Seng pun nama cina jugak. Ada dorang takut orang melayu dengan india tak nak beli? Saya perhatikan ramai je orang melayu beli biskut Hup Seng dengan biskut Hwa Tai.

Apasal nak risau orang cina tak nak beli makanan brand melayu? Orang cina ke orang india ke dorang tetap beli makanan orang melayu kalau sedap. Banyak je orang cina dan india beli sarapan kat tepi jalan yang majoriti dijual oleh orang melayu.

Satu jenama makanan guna nama melayu tapi orang cina tetap beli. Apa dia? Jawabnya Burger Ramly! Banyak je orang cina beli burger Ramly tepi jalan. Jenama tak jadi masalah kalau berkualiti tinggi. Burger Ramly lagi sedap dari Burger King. Tak tercalar pun brand melayu Ramly dengan brand Burger King from America.

Macam mana dengan brand Haji Bakery? Tak jadi masalah pun untuk diteruskan. Apa yang penting? Haji Bakery mesti ada stunning product dan jaga kualiti makanan. Halal dan bersih menjadi keutamaan rakyat Malaysia. Kenapa? Sebab kalau makanan tu halal dan bersih, orang Islam dan bukan Islam pun boleh makan.

2 comments:

  1. terima kasih atas pandangan positif.jelas dan tepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan Nur Mizani peserta CEO Desa sendiri singgah blog saya? Alhamdulillah terima kasih sudi baca pandangan saya pasal Haji Bakery.

      Delete