Tuesday, December 17, 2019

Jangan Salah Guna Agama dalam Bisnes!

Sebelum ni dah ada golongan scammer guna nama agama untuk menipu. Ada yang dah tumpas dan ada yang dalam proses untuk ditumpaskan. Apa ada dalam kepala golongan scammer macam ni?

Jaga-jaga jangan sampai kena tipu.
Siapa sasaran golongan scammer penunggang agama?
Golongan majoritilah yang jadi sasaran. Siapa majoriti di Malaysia? Ha..fikir-fikir.

Modus operandinya sama je iaitu keluarkan ayat Quran dan hadis tertentu untuk tarik perhatian. Dicanang-cananglah ke sana ke mari pasal kebaikan kuatkan ekonomi orang Islam.

Nak kuatkan ekonomi orang Islam memang bagus tapi masalahnya nak scam sesama saudara seagama. Puak-puak scammer ni bukan peduli pasal duit haram janji kaya.

Orang kita pulak kalau dah scammer bagi ayat-ayat Quran, dah terasa yakin. Ditambah pulak dengan hadis, lagilah bertambah yakin dan terasa scammer tu orang yang jujur, ikhlas, berakhlak, beriman dan sebaik-baik manusialah.

Puak-puak penunggang agama ni ada macam-macam cara nak tipu orang. Diorang ada yang tipu orang dalam pelaburan atau jual beli emas, rumah, takaful dan macam-macam lagi.

Bila orang tanya golongan scammer ni, dorang mesti ajak pergi seminar atau pejabat. Paling teruk ajak jumpa di surau atau masjid. Orang yang datang pun takkan sangka jadi mangsa kalau lokasi di masjid.

Yelah, siapa nak menipu dalam masjid kan? Tahu-tahu dah jadi mangsa scammer dalam masjid. Scammer peduli apa!

Ada scammer yang kononnya nak bagi orang bebas hutang, bebas riba' dan bebas sebebas-bebasnyalah dari kemelut kewangan. Pada hal nak kena cari downline jugak nanti baru dapat komisen. Lagi banyak mangsa jadi downline lagi banyaklah dapat duit.

Kalau orang mula minta penjelasan, disuruhnya pergi seminar. Ini standard scammer. Apa-apa hal kena pergi seminar, pejabat, HQ dan yang seumpama dengannya.

Al-Quran dan Hadis Sahih tak salah tapi penunggang agama yang menyalahgunakannya. Dorang ni tak takut ke main-mainkan ayat Quran dan Hadis? Kalau takut, tak jadilah penunggang agama.

Scammer penunggang agama tak ubah maksud ayat Quran atau Hadis. Tau pulak dorang tak nak kena cop anti-Quran atau anti-Hadis. Orang menipu mestilah nak kelihatan terbaik je barulah senang dapat mangsa.

Bertambah teruk bila puak scammer ni dapat seorang ustaz jadi penasihat syariah untuk dorang. Bukan calang-calang ustaz pulak tu. Lagilah senang scammer nak tambah bilangan mangsa!

Ustaz tu pulak mungkin tak tahu atau mungkin telah ditipu dengan jayanya. Ustaz pun manusia biasa juga...

Macam mana nak tumbangkan scammer penunggang agama?
Dedahkan modus operandinya secara besar-besaran. Walaupun tak dapat selamatkan semua orang, sekurang-kurangnya dapat selamatkan sebahagian orang-orang Islam yang berfikiran waras.

Jangan putus asa nak tumpaskan dorang sebab penunggang agama ni jenis yang tak putus asa mencari mangsa. Malah ada yang berani ajak jumpa face to face. Pada hal scammer memang conform bersalah tapi berani lain macam dan tak tahu malu.

Siap ugut nak ajak pergi mahkamah. Ada juga ugut nak solat sunat Tahajud, Hajat dan macam-macam amalan lain untuk hancurkan orang yang dedahkan kejahatan dorang. Muka dorang betul-betul tebal mengalahkan The Great Wall of China.

Berjaga-jagalah sebab penunggang agama lebih dahsyat dari orang yang terang-terang memusuhi anda.

Anda sendiri atau ahli keluarga pernah ditipu oleh geng salah guna agama? Kongsikan melalui komen, mudah-mudahan jadi pengajaran bagi orang ramai.

4 comments:

  1. Manusia akhir zaman perangai pelik-pelik sampai tak tercapai dek akal. Agama pun mereka nak perkotak-katikkan.

    Ada satu perkongsian ni daripada seorang pengarah syarikat pengeluar air minuman katanya pernah pejabat beliau didatangi oleh beberapa orang ustaz katanya nak bacakan air tu ayat-ayat suci Al-Quran lepas tu bolehlah claim jual itu air yang telah dibacakan ayat-ayat suci.

    Bila beliau tanya macam mana cara baca tu setiap kali dia botolkan tu baca ke? Pastu ustaz-ustaz tu jawab takdelah sekali itu aje dia baca lepas tu terus ajelah claim dah dibacakan. choiii tak nak beliau katanya mana boleh macam tu tak pasal-pasal dapat dosa berterusan Nauzubillahiminzalik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya air mineral yang diclaim sudah dibacakan ayat-ayat Quran tu baca sekali je lah? Macam pernah ternampak kat kedai jamu orang jual air "suci" macam tu.

      Alhamdulillah pengarah syarikat air tu bijak. Geng ustaz tu memang hampeh.

      Delete
  2. Ada je yg jual air yg dibacakan surah tertentu. Ada juga yg jual jus yg katanya dari makanan sunnah & claim terbaik untuk pelbagai penyakit. Padahal tak pernah buat kajian / hantar lab test pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hantar air/jus pergi lab test tak dapatlah penunggang agama nak overclaim.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.