Friday, August 31, 2018

Merdekakan Diri Anda

Adakah anda sudah merdeka? Merdeka itu bebas tapi tak bermaksud boleh langgar undang-undang.
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Mungkin maksud merdeka bagi setiap orang tak sama.
Ada yang terasa merdeka lepas setel bayar hutang bil air atau bil elektrik. Ada yang terasa merdeka lepas langsai hutang dengan along. Ada yang terasa merdeka lepas anak dara dia dinikahi oleh lelaki beriman lagi bertanggungjawab.

Orang jahat baru lepas keluar penjara pun terasa merdeka jugak. Ada jugak yang terasa merdeka lepas idea bisnes dia menjadi. Ada yang terasa merdeka lepas dapat duit hasil bagi perkhidmatan buat website dan macam-macam lagilah.

Merdeka yang terbaik ialah bila dah dapat masuk syurga di akhirat nanti. Itulah sebaik-baik merdeka.

2 comments:

  1. Sy setuju..bila da masuk syurga itu lah erti merdeka sebenar2nya bg kita sbg org mukmin..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang mukmin mesti setuju dapat masuk syurga nanti barulah betul-betul merdeka.

      Delete